Tommasi bermain semula

Tommasi bermain semula

ROME, 3 Julai (Reuters) – Bekas pemain tengah Itali Damiano Tommasi bermain semula selepas bersara pada umur 41 tahun apabila bermain untuk pasukan San Marino La Fiorita di gelanggang sendiri menentang FC Vaduz di Liga Europa kelmarin.

Tommasi, yang telah bersara sejak enam musim lalu dan merupakan presiden Persatuan Bola Sepak Itali (AIC), bermain selama 90 minit walaupun gagal untuk mengelakkan pasukannya dibelasah 5-0 di tempat sendiri menentang juara Piala Liechtenstein itu.

Tommasi berkata minggu lepas dia mahu anak-anaknya mendapat peluang untuk melihatnya bermain di persaingan antarabangsa dan dia mahu “menambah lembaran yang cantik kepada kerjaya bola sepaknya.”

Dia mengikuti jejak pemain pertahanan Brazil Aldair, seorang lagi bekas pemain AS Roma, yang juga bermain selepas bersara dan bermain untuk SS Murata di pusingan kelayakan Liga Juara-Juara pada 2007 dan 2008 di awal umur 40 tahun.

ARTIKEL YANG SAMA