Tommy Lee dibelasah anak sendiri

PENYANYI Tommy Lee mendedahkan dia dibelasah oleh anak lelakinya sendiri iaitu Brandon sehingga pengsan selain mengalami kecederaan di bahagian bibir.

Tommy menerusi Twitter memberitahu ketika kejadian dia berada di dalam bilik bersama tunangnya Brittany Furlan sebelum Brandon masuk ke bilik dan menyerangnya.

“Kami bertengkar dan saya memintanya keluar dari rumah dan dia terus memukul sehingga saya jatuh pengsan.

“Dia kemudiannya melarikan diri dan itu yang sebenarnya berlaku,” dedahnya.

Tommy sebelum itu turut memuat naik gambar wajahnya yang mengalami kece-deraan pada bahagian bibir namun memadam gambar itu.

Tommy Lee mendedahkan dia dibelasah oleh anak lelakinya sendiri sehingga pengsan selain mengalami kecederaan di bahagian bibir.

“Hati saya remuk. Sebagai bapa saya telah memberikan segala-galanya untuk anak dan pada akhirnya ini yang dilakukannya.

“Terima kasih Brandon. Kamu anak yang baik!,” tulisnya pada kapsyen gambar itu.

Sementara itu, Brandon, 21, dalam satu kenyataan pula menjelaskan tindakannya itu sekadar mempertahankan diri daripada sikap ganas bapanya.

Brandon adalah anak hasil hubungan Tommy dengan pelakon Pamela Anderson.

Dalam perkembangan sama, polis yang menyiasat perkara itu mengesahkan perkara itu selepas mendapat panggilan kecemasan daripada Tommy dan penyanyi rock itu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan seperti dilaporkan People.

“Brandon memberikan kerjasama kepada polis yang menyiasat kes itu dan tiada sebarang penahanan dibuat setakat ini,” katanya.