Tonga isytiharkan darurat

NUKU’ALOFA, Tonga, 12 Feb – Tonga hari ini telah mengisytiharkan keadaan darurat ketika negara pulau Pasifik itu bersiap sedia dibadai taufan kuat yang mengancam untuk menjadi taufan Kategori Lima.

Taufan Tropika Gita yang kuat telah mencetuskan huru-hara di negara jiran Samoa dan semakin bertambah kencang ketika ia mendekati Tonga.

Pemangku Perdana Menteri Tonga, Semisi Sika mengeluarkan peringatan di seluruh negara, mengatakan dia ‘berasa yakin bahawa keadaan kecemasan sedang berlaku atau akan berlaku’.

Perkhidmatan Meteorologi Fiji meramalkan Gita akan menjadi ribut Kategori Lima – bahagian atas skala – sebelum sampai di Tonga hari ini.

Ia sudah membawa angin kencang selaju 275kmsj kerana ia terletak di pantai timur pulau Tongatapu yang memilik penduduk paling ramai.

Pusat Ramalan Kaji Cuaca Fua’amotu Tonga memberi amaran bahawa penduduk mungkin berdepan dengan ‘angin badai yang sangat kuat’.

Taufan Gita melanda Samoa sepanjang malam pada Jumaat, memaksa kira-kira 200 orang untuk melarikan diri dan menyebabkan berlakunya banjir secara meluas dan bekalan elektrik terputus.

Philip Duncan, ketua perdana menteri di perkhidmatan cuaca New Zealand, berkata keadaan terkini menunjukkan cuaca diramalkan akan melanda Tongatapu secara langsung.

“Keadaan itu sangat serius, ibu kota (Nuku’alofa) terletak di sana, terdapat lebih dari 75,000 penduduk,” katanya.

“Ia sangat jarang untuk melihat lingkaran bulatan yang sempurna, pusat ribut itu, menuju betul-betul ke puncak pulau kecil itu.”

Duncan berkata taufan itu boleh menyebabkan kerosakan besar walaupun ia kekal di luar pesisir.

“Sekiranya bergerak sedikit ke utara atau selatan, ia tidak akan menuju ke daratan secara teknikal tetapi ia adalah cuaca yang teruk, angin sehingga 230 kmsj, gelombang lebih 10 meter di laut dan gelombang ribut melebihi satu meter di atasnya,” katanya.

Lori-lori tentera telah membantu memindahkan penduduk yang terkandas ketika Nuku’alofa dijangka mendarat dan pusat pemindahan dibuka di seluruh negara. – AFP