Tonik Reds musim depan

Tonik Reds musim depan

ADELAIDE, Australia, 23 Julai – Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers menegaskan kehadiran mereka di Australia satu pengalaman berharga buat Reds sebelum menamatkan aksi jelajah pra-musim.

Liverpool menamatkan siri jelajah di Australia dengan kemenangan 2-0 ke atas Adelaide United yang disaksikan lebih 53,000 peminat di Adelaide Oval malam kelmarin.

Sementara itu, 50,000 peminat hadir menyaksikan mereka menewaskan Brisbane Roar 2-1 di Brisbane minggu lalu.

“Mempunyai lebih 100,000 penyokong sepanjang dua perlawanan, ia memberitahu anda mengenai sokongan penduduk di sini kepada kelab dan keghairahan mereka terhadap bola sepak,” kata Rodgers.

“Ia satu penghormatan yang besar dan saya pasti akan kembali ke sini seberapa cepat yang mungkin.”

Peminat bola sepak di Malaysia memenuhi Stadium Bukit Jalil di Kuala Lumpur semasa menyaksikan skuad Liverpool berlatih petang tadi. – AFP
Peminat bola sepak di Malaysia memenuhi Stadium Bukit Jalil di Kuala Lumpur semasa menyaksikan skuad Liverpool berlatih petang tadi. – AFP

Rodgers dan barisan pemain Liverpool meninggalkan Australia semalam dengan pengurus itu tidak meragui mengenai kemampuan mereka sepanjang siri jelajah pramusim Down Under.

“Ia sesuatu yang menyeronokkan berada di Australia. Bagi sesetengah orang dan beberapa kakitangan ia adalah kunjungan pertama ke Australia.

“Saya sangat bertuah dapat hadir ke sini buat pertama kali dua tahun lalu dan kunjungan ini begitu menyeronokkan,” katanya. – AFP