Tony Blair pertahan serangan di Iraq

Tony Blair pertahan serangan di Iraq

LONDON, 7 Julai – Bekas perdana menteri Britain Tony Blair semalam mempertahankan alasannya berperang di Iraq, selepas laporan yang lama dinantikan mendapati serangan pada tahun 2003 adalah berdasarkan bukti tidak kukuh dan pelaksanaan yang menyedihkan.

Laporan Chilcot yang begitu dijangkakan memberikan keputusan yang dikecam tentang peranan Britain dalam perangan yang diketuai AS itu, yang membutirkan perisikan tidak kukuh, asas undang-undang yang dipersoalkan dan persiapan tidak mencukupi bagi pendudukan.

Laporan itu mendapati Britain telah mengerahkan pasukan tentera sebelum kehabisan pilihan diplomatik dan pada waktu yang sama apabila ‘tidak ada ancaman pasti dari Saddam Hussein,’ pemimpin Iraq.

Ia juga menekankan bagaimana Blair menulis kepada presiden AS George W Bush pada Julai 2002, tahun sebelum serangan itu, dengan mengatakan “Saya akan bersama anda, walau apa pun.”

Penunjuk perasaan memegang pelekat semasa demonstrasi di luar Pusat Persidangan Ratu Elizabeth II di London, sebelum penerbitan laporan Chilcot terhadap peperangan di Iraq, Rabu lalu. - AP
Penunjuk perasaan memegang pelekat semasa demonstrasi di luar Pusat Persidangan Ratu Elizabeth II di London, sebelum penerbitan laporan Chilcot terhadap peperangan di Iraq, Rabu lalu. – AP

Blair mempertahankan keputusannya dalam sidang media dua jam dengan memberitahu para pemberita: “Saya percaya kami telah membuat keputusan yang betul dan dunia dalam keadaan yang lebih baik dan selamat.”

Suaranya penuh emosi, Blair berkata dia ‘sedih, kesal dan meminta maaf lebih dari yang kamu ketahui atau boleh percayai’ di atas kesalahan dalam merancang peperangan yang begitu memecahbelahkan Britain. Para pembantah anti perang berhimpun di London ketika laporan itu dikeluarkan, dan menjerit “Blair telah berdusta, beribu-ribu telah terkorban” dan “Tony Blair, penjenayah perang.” – AFP