Tony Hawk lakukan 900 di usia 48

Tony Hawk lakukan 900 di usia 48

VISTA, Califf, 29 Jun (AP) – Tony Hawk sekali lagi melakukan trik 900 yang tidak begitu ramai penggiat papan luncur berani mencubanya, 17 tahun selepas hari yang sama dia melakukan trik itu untuk menaikkan namanya.

Video melalui dalam talian memperlihatkan beliau yang kini berusia 48 tahun itu beberapa kali mencuba untuk mencipta semula trik tersebut yang dilengkapkannya pada X Games 1999 Apabila beliau akhirnya berjaya melakukannya.

Dalam video tersebut, Hawk berkata beliau membuat percubaan itu kerana dia berasa dia boleh, namun menambah “Saya tidak terfikir untuk melakukan sedemikian pada usia sebegini.”

Beliau kelihatan mempunyai bengkak selepas beberapa kali jatuh, namun “dia pernah jatuh lebih teruk apabila melakukan perkara yang lebih kecil.”

Tony ketika melakukan trik tersebut di usia 48 tahun.
Tony ketika melakukan trik tersebut di usia 48 tahun.

ARTIKEL YANG SAMA