Tony rampas jersi kuning

Tony rampas jersi kuning

CAMBRAI, Perancis, 8 Julai (AFP) – Tony Martins tidak merasakan apa–apa selain keseronokan apabila berjaya mendapatkan jersi kuning yang hampir menjadi miliknya dalam jarak beberapa saat tiga hari sebelumnya di Jelajah Perancis.

Juara ujia masa dunia tiga kali berusia 30 tahun itu melakukan pecutan solo berani daripada peloton ketika perlumbaan hanya berbaki 3.3km dari peringkat keempat perlumbaan jalan 223.5km dan bertahan untuk menang dengan hanya tiga saat.

Dengan usahanya sendiri sudah cukup untuk mendapatkan jersi kuning dari juara 2013, Chris Froome tetapi dia juga mendapat bonus masa 10saat yang memberikannya kelebihan 12 saat berbanding Froome dalam keseluruhan senarai.

“Terlalu gembira! Semua tekanan dan kesedihan dari hari-hari terakhir sudah berlalu sekarang,” kata penunggang German Etioxx-Quick Step itu.

“Ia adalah hari yang emosi bagi saya. Saya merasa gembira. Segalanya berjalan dengan baik dan saya gembira dengan pasukan ini.

Penunggang Etixx-Quick Step Tony Martin meraikan kemenangan ketika melintasi garisan penamat peringkat keempat 223.5-km dari Seraing di Belgium ke Cambrai di Perancis semalam. – Reuters
Penunggang Etixx-Quick Step Tony Martin meraikan kemenangan ketika melintasi garisan penamat peringkat keempat 223.5-km dari Seraing di Belgium ke Cambrai di Perancis semalam. – Reuters

“Mereka menyokong saya, mereka selalu percaya dengan saya walaupun selepas kehilangan hari terakhir dan nasib baik saya mendapatkannya kembali.”

John Degenkolb, pemenang perlumbaan Pari-Roubaix yang mana laluan berbatu perlumbaannya dipinjam bagi peringkat ini, berada di tempat kedua dengan Peter Sagan di tempat ketiga.

Martin telah menghabiskan masa tiga hari pertama di tempat kedua setelah tewas kepada Rohan Dennis dari Australia dengan lima saat dalam peringkat pembukaan uji masa.

Dia menamatkan peringkat kedua 3saat di belakang Fabian Cancellara, yang mendapat bonus 4 saat selepas selesai di tempat ketiga.

Christopher Froome kemudian selesai di tempat kedua peringkat ketiga Jelajah semalam membolehkannya mendapat bonus 6saat sekali gus meletakkannya 1saat di depan Martin.