Toranzo hilang empat jari kaki

Toranzo hilang empat jari kaki

CARACAS, Venezuela, 12 Feb – Seorang pemain bola sepak Argentina hilang empat jari kaki apabila bas pasukannya terbabit dalam kemalangan di Venezuela selepas beraksi dalam aksi kelayakan Copa Libertadores.

Patricio Toranzo, 33, antara pemain kelab Atletico Huracan dari Argentina yang cedera dalam kemalangan itu ketika mereka dalam perjalanan ke lapangan terbang selepas menewaskan pasukan tuan rumah Caracas FC 1-0.

“Kami diberitahu selepas menjalani pembedahan Toranzo hilang empat jari kaki kirinya. Malangnya, mereka terpaksa memotongnya,” kata pegawai tertinggi Caracas FC, Ricardo Padron kepada stesen televisyen sebentar tadi.

Perancang tengah itu disanjung kerana kemahiran individu dan kekuatan sepakan kaki kanannya.

Huracan dalam laman Facebook memberitahu bahawa semua pemainnya berada dalam keadaan baik, tetapi Toranzo, penyerang Diego Mendoza dan pelatih Pablo Santella masih ditahan di hospital.

Patricio (18) ketika besaing dengan Robert Garces (21) dalam satu perlawanan. Patricio hilang empat jari kaki apabila bas pasukannya terbabit dalam kemalangan di Venezuela. –  Reuters
Patricio (18) ketika besaing dengan Robert Garces (21) dalam satu perlawanan. Patricio hilang empat jari kaki apabila bas pasukannya terbabit dalam kemalangan di Venezuela. – Reuters

Difahamkan, tiga lagi turut cedera apabila bas dinaiki mereka mengalami kemalangan di atas lebuh raya ketika perjalanan ke Lapangan Terbang Simon Bolivar berhampiran Caracas.

Staf Huracan berkata kemalangan itu berpunca daripada kegagalan brek bas berfungsi dengan baik. – AFP