Toronto mara ke final MLS

Toronto mara ke final MLS

TORONTO, Kanada, 1 Dis – Toronto FC menjadi kelab yang pertama dari Kanada untuk mara ke perlawanan akhir Major League Soccer semalam selepas menewaskan Montreal Impact 5-2 menerusi persaingan tujuh jaringan selepas masa tambahan.

Toronto yang mengekori 3-0 dalam perlawanan pertama minggu lalu di Montreal sebelum bangkit untuk menjaringkan dua gol di laman luar yang penting, akan menghoskan Pasukan Seattle Sounders dalam Piala MLS pada 10 Disember.

Persaingan sengit di BMO Field dalam keadaan hujan turun itu selepas pada separuh masa pertama masa tambahan, apabila jaringan dari Benoit Cheyrou dan Tosaint Ricketts meletakkan Toronto 5-2 di depan dalam perlawanan itu, 7-5 menerusi agregat.

“Ia adalah satu perlawanan yang gila. Jaringan itu saja pada kedudukan 5-2 dalam persaingan conference adalah luar biasa,” kata Ricketts, pemain antarabangsa Kanada yang menyertai Toronto pada Julai.

Benoit Cheyrou (8) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan pada perlawanan menentang Montreal di BMO Field semalam. – AFP
Benoit Cheyrou (8) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan pada perlawanan menentang Montreal di BMO Field semalam. – AFP

“Saya berbangga dengan para pemain. Kami bangkit beberapa kali dalam perlawanan dan menunjukkan banyak karakter. Ia adalah masa yang istimewa bagi kami semua.”

Kekalahan itu menandakan babak akhir kerjaya Didier Drogba dalam MLS. Bekas bintang Chelsea dan Ivory Coast itu berlepas meninggalkan Montreal pada penghujung musim.

Drama masa tambahan hadir selepas persaingan 90 minit yang menyaksikan Montreal mendahului 1-0 dengan agregat 4-2 dengan jaringan menerusi serangan mengejut pada pertengahan separuh masa pertama.

Patrice Bernier menewaskan kapten antarabangsa AS dari Toronto, Michael Bradley pada separuh masa pertama dan dengan segera melihat Matteo Mancosu, sebaliknya mendapatkan Dominic Oduro.

Pemain penyerang veteran Ghana itu meluru ke kawasan penalti dan menyudahkan rembatan leret yang menewaskan Clint Irwin. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA