Toronto Montreal buru sejarah

Toronto Montreal buru sejarah

TORONTO, Kanada, 30 Nov – Sejarah Major League Soccer (MLS) akan dijadikan rebutan hari ini apabila Toronto FC dan Montreal Impact akan bersaing dengan tujuan untuk menjadi pasukan dari Kanada yang pertama untuk mara ke persaingan akhir Piala MLS.

Kedua-dua buah kelab dari Kanada itu akan bertemu dalam perlawanan kedua Kejuaraan Eastern Conference, dengan pasukan Montreal mendahului perlawanan pertama 3-2 di BMO Field, Toronto di pinggir Lake Ontario.

Ia adalah kali pertama dalam sejarah MLS pasukan dari Kanada mara ke perlawanan dalam liga musim ini.

Tugasan Montreal disukarkan lagi selepas kebangkitan Toronto dalam perlawanan pertama yang menyaksikan mereka menjaringkan dua gol di gelanggang luar selepas ketinggalan 3-0.

Bagaimanapun, Impact tiba di Toronto dengan bersemangat, merasa yakin mereka boleh mendapatkan keputusan yang mereka perlukan untuk mara ke pertemuan Piala MLS pada 10 Disember depan menentang Seattle Sounders, pemenang bagi persaingan dalam Western Conference.

“Kami boleh melakarkan sejarah,” kata pemain pertahanan Montreal, Laurent Ciman.

“Semua orang perlu faham bahawa kami perlu 200 peratus fokus ketika anda tidak mendapatkan persaingan seperti ini dalam perlawanan setiap hari. Peluang keemasan berada di depan kami dan kami memegang kuncinya. “Kami perlu bersedia dari awal.”

Seattle akan menghoskan perlawanan akhir bulan depan hanya jika Montreal mara dari perlawanan kedua hari ini, dengan memegang rekod lebih baik sepanjang musim.

Jika Toronto menterbalikkan defisit 3-2 pada perlawanan pertama, mereka akan menghoskan perlawanan akhir.

Perlawanan hari ini akan menandakan kemunculan terakhir bagi pemain penyerang veteran Montreal, Didier Drogba, bekas bintang Chelsea dan Ivory Coast yang mengumumkan dia tidak akan kembali ke MLS pada 2017. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA