Torres jaring gol ke-100

Torres jaring gol ke-100

MADRID, 7 Feb (AFP) – Fernando Torres menjaringkan gol ke-100 bersama Atletico Madrid ketika Los Rojiblancos bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Eibar 3-1.

Kemenangan menyaksikan skuad bimbingan Diego Simeone itu menyamai jumlah pungutan mata dimiliki Barcelona di puncak La Liga dengan penyandang juara itu dijadual beraksi, hari ini.

Gandingan pertahanan tengah, Jose Maria Gimenez dan Saul Niguez, masing-masing menyumbang gol menerusi tandukan selepas Keko meletakkan Eibar di depan, seminit selepas babak kedua bersambung.

Torres kemudian menamatkan kemarau lima bulan tanpa jaringan pada masa kecederaan yang memberikan kemenangan selesa buat tuan rumah sekali gus melebarkan jurang kepada empat mata di depan Real Madrid di kedudukan ketiga.

“Untuk menjaringkan 100 gol untuk kelab ini akan menjadi sesuatu yang kekal buat saya selamanya,” kata Torres kepada Canal Plus.

Torres meraikan jaringan gol selepas berjaya melepasi gawang pemain lawan. Torres menjaringkan gol ke-100 bersama Atletico Madrid ketika Los Rojiblancos bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Eibar 3-1. – Reuters
Torres meraikan jaringan gol selepas berjaya melepasi gawang pemain lawan. Torres menjaringkan gol ke-100 bersama Atletico Madrid ketika Los Rojiblancos bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Eibar 3-1. – Reuters

Simeone turut mengakui jaringan yang disumbangkan Torres sebagai sesuatu yang istimewa buat penyerang yang sering berpindah randah itu.

“Ia adalah masa yang penting dalam kariernya di kelab yang sepatutnya di berada,” kata Simeone.

Pada perlawanan itu, Atletico kehilangan empat tonggak pertahanan apabila Diego Godin, Filipe Luis dan Juanfran-semuanya digantung ketika kekalahan 2-1 ke atas Barcelona, minggu lalu dengan Stefan Savic juga mengalami kecederaan.

Begitupun, perubahan besar-besaran di bahagian pertahanan itu tidak memberi banyak kesan apabila hanya satu cubaan berbahaya berjaya dilakukan Eibar ketika pemain Atletico, Antoine Griezmann hampir meletakkan tuan rumah di depan menerusi sepakan voley namun tersasar.

Atletico begitupun dikejutkan seminit babak kedua bermula apabila pertahanannya, Niguez terkeluar daripada kedudukannya yang dimanfaatkan Keko apabila mudah memperdayakan penjaga gol, Jan Oklak.

Gol itu jelas mengejutkan namun tidak mematahkan semangat tuan rumah yang berjaya meledak dua gol dalam tempoh lapan minit bermula pada 56 menerusi Giminez.

ARTIKEL YANG SAMA