Torres temui sentuhan

Torres temui sentuhan

SHANGHAI, 5 Ogos (AFP) – Fernando Torres menjaringkan gol dengan sentuhan pertamanya ketika Atletico Madrid menang 3-0 ke atas pasukan Shanghai International Port Group (SIPG) Sven-Goran Eriksson di China semalam.

Bekas penyerang Liverpool dan Chelsea itu diturunkan pada separuh masa pertama dan menjaringkan gol beberapa minit selepas perlawanan disambung semula dengan tandukan kemas setelah menerima hantaran lintang Yannick Carrasco.

Dalam perlawanan terbuka dan permainan serangan dalam keadaan lembap di Stadium Shanghai, Atletico membuka jaringan pada minit kesembilan apabila Antoine Griezmann menyudahkan hantaran tinggi dengan untuk sepakan menewaskan penjaga gol SIPG, Sun Le.

Beberapa detik sebelum menjaringkan gol, pemain utama SIPG, Dario Conca – pemain yang menerima bayaran ketiga tertinggi di dunia apabila menyertai Guangzhou Evergrande pada 2011 – hampir menjaringkan gol. Tetapi sepakan leret pemain Argentina itu tidak menjejaskan penjaga gol Atletico, Jan Oblak.

SIPG yang mendahului Liga Super China 16 pasukan, beraksi tanpa empat pemain utama yang sedang menggalas tugasan antarabangsa bersama China di Piala Timur Asia di Wuhan. Tetapi mereka tidak kehilangan arah menentang pasukan yang lebih kaut.

Bagaimanapun, pada minit ke-24 Atletico melanjutkan pendahuluan apabila bola jatuh kepada Griezmann di luar kotak penalti. Pemain dari Perancis itu menjaringkan gol keduanya malam itu selepas rembatannya menewaskan penjaga gol SIPG, Sun untuk mengubah kedudukan 2-0 kepada gergasi Sepanyol itu.

ARTIKEL YANG SAMA