Toshiba akan henti pembuatan televisyen

Toshiba akan henti pembuatan televisyen

TOKYO, 11 Dis (dpa) – Toshiba Corp sebuah syarikat yang menghasilkan barangan elektronik Jepun, dijangka akan menjual kilang pengeluaran televisyennya di luar naegara, lapor berita Kyodo kelmarin, ekoran skandal perakaunan.

Langkah itu akan menjadi sebahagian daripada strategi pengurangan kos, yang akan termasuk penggabungan pembuatan komputer peribadi yang mengalami kerugian dan bahagian alat dapur rumah dengan syarikat lain, menurut laporan itu, memetik sumber tidak bernama yang tahu dengan rancangan itu.

Toshiba merupakan salah sebuah syarikat pertama yang mencipta televisyen berwarna pada tahun 1959, namun berdepan kerugian dan hasil dalam sektor di tengah-tengah meningkatkan persaingan dan permintaan yang perlahan.

Konglomerat juga dijangka akan mengurangkan ratusan kerja sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula televisyen, komputer peribadi dan cawangan alat dapur, yang semuanya mengalami kerugian, katanya.