Toshiba catat kerugian AS$318 juta

Toshiba catat kerugian AS$318 juta

TOKYO, 7 Sept (AFP) – Toshiba yang dilanda krisis hari ini berkata bahawa ia akan mencatatkan kerugian AS$318 juta bagi tahun fiskal terkininya selepas skandal penambahan keuntungan berbilion-bilion dolar.

Konglomerat besar berusia 140 tahun itu berkata kerugian tahunannya bagi tahun ini hingga Mac 2015 akan mencecah 37.8 bilion yen, menarik balik keuntungan tahunan yang dijangkakan sebelum ini iaitu 120 bilion yen.

Toshiba membiarkan tidak berubah keuntungan operasi 170 yen bilion yang diumumkan sebelumnya pada jualan 6.65 trilion yen bagi tahun fiskal terkininya.

Tetapi menurutnya ia tidak boleh memberikan ramalan bagi tahun ini hingga bulan Mac 2016.

Para pelabur nampaknya gembira dengan angka yang dimuktamadkan sebagai membawa penutupan kepada kisah yang panjang, dengan saham Toshiba di senaraikan di Tokyo melonjak 3.17 peratus kepada 357.6 yen dalam dagangan pagi meskipun pasaran lebih luas lebih rendah.

Toshiba berkata kerugian tahunannya bagi tahun ini hingga Mac 2015 mencecah 37.8 bilion yen, menarik balik keuntungan tahunan yang dijangkakan sebelum ini iaitu 120 bilion yen. – AFP
Toshiba berkata kerugian tahunannya bagi tahun ini hingga Mac 2015 mencecah 37.8 bilion yen, menarik balik keuntungan tahunan yang dijangkakan sebelum ini iaitu 120 bilion yen. – AFP

Hasil yang dikaji semula itu dibuat selepas penangguhan selama beberapa bulan ketika panel luar menyiasat kewangan firma itu di tengah pendedahan bahawa eksekutif-eksekutif tertinggi memberi tekanan kepada orang bawahan untuk secara sistematik menambah keuntungan dengan kira-kira AS$1.2 bilion sejak krisis kewangan sejagat 2008.

Salah satu skandal perakaunan yang paling merosakkan pernah melanda Jepun dalam beberapa tahun kebelakangan, kes itu mengakibatkan presiden kini dan tujuh orang lagi eksekutif tertinggi meletak jawatan selepas panel yang diupah syarikat mendapati pengurusan tertinggi terlibat dalam skim bertahun-tahun lamanya itu untuk menambah keuntungan.

Penemuan mengaibkan itu dibuat beberapa bulan selepas Jepun membentuk kod pentadbiran korporat yang telah lama dinantikan yang bertujuan meningkatkan ketelusan firma-firma.

Lebih terkenal dengan televisyen dan elektroniknya, termasuklah komputer peribadi riba pertama di dunia dan alat pemain DVD, Toshiba mempunyai lebih 200,000 orang kakitangan di seluruh dunia dan juga beroperasi dalam penghantaran tenaga dan peralatan perubatan.

Syarikat ini telah meminta banyak pemimpin perniagaan terkenal Jepun supaya bertindak sebagai pengarah-pengarah luar dalam membaik pulih pengurusan untuk meningkatkan budaya korporatnya. Toshiba akan mengadakan mesyuarat pemegang saham pada akhir bulan ini.