Toshiba catat kerugian

Toshiba catat kerugian

TOKYO, 21 Dis (AFP) – Konglomerat yang dibelenggu skandal Toshiba mengingatkan hari ini ia menjangka mencatat kerugian tahunan sebanyak AS$4.5 bilion dan memecat beribu-ribu pekerja, tatkala saham dalam firma itu merosot hampir 10 peratus.

Dalam satu kenyataan selepas berakhirnya perniagaan, syarikat itu berkata ia akan membuang 6,800 pekerja dalam perniagaan gaya hidupnya dengan memperkenalkan program persaraan awal dan menyusun semula kakitangan, serta melaksanakan pembaharuan struktural lain.

Hasil daripada perubahan sedemikian, Toshiba berkata ia menjangka kerugian bersih sebanyak 550 bilion yen untuk tahun sehingga Mac, meledak daripada 37.8 bilion yen yang dicatat dalam 12 bulan sebelumnya.

Saham dalam syarikat merosot 9.80 peratus untuk berakhir pada 254.8 yen di indeks saham Nikkei. Pasaran yang lebih luas berakhir merosot 0.37 peratus.

Pelabur meninggalkan syarikat bermasalah itu selepas akhbar perniagaan Nikkei berkata dalam edisinya pada Sabtu bahawa ia menjangka melaporkan kerugian bersih berjumlah 550 bilion yen.

Presiden syarikat Toshiba dan Ketua Pegawai Eksekutif, Masashi Muromachi (dua kanan) meninggalkan sidang akhbar di ibu pejabat syarikat itu di Tokyo, Jepun, pada 21 Disember. Toshiba Corp Jepun mengatakan ia akan mengurangkan hampir 7,000 kerja pengguna elektrik selepas skandal kira-kira bernilai AS$1.3 bilion. – AFP
Presiden syarikat Toshiba dan Ketua Pegawai Eksekutif, Masashi Muromachi (dua kanan) meninggalkan sidang akhbar di ibu pejabat syarikat itu di Tokyo, Jepun, pada 21 Disember. Toshiba Corp Jepun mengatakan ia akan mengurangkan hampir 7,000 kerja pengguna elektrik selepas skandal kira-kira bernilai AS$1.3 bilion. – AFP

Berita itu memberi tamparan hebat kepada firma berusia 140 tahun selepas terdedahnya pada tahun ini bahawa eksekutif memberi tekanan kepada orang bawahan supaya menambah keuntungan dalam skim yang bertujuan untuk menyembunyikan keputusan lemah.

Salah satu skandal perakaunan paling teruk yang menyelubungi Jepun dalam beberapa tahun ini, kes itu memaksa presiden Toshiba dan tujuh eksekutif lain meletak jawatan.

Toshiba, yang menjual segalanya daripada pemasak nasi kepada reaktor nuklear, telah mengaku ia menambah keuntungan sebanyak kira-kira AS$1.2 bilion sejak krisis kewangan global 2008.

Kenyataan Toshiba keluar dua minggu selepas pemerhati Suruhanjaya Pengawasan Sekuriti dan Tukaran berkata syarikat harus dikenakan denda sebanyak AS$60 juta disebabkan skandal berkenaan.