Toshiba jual sahamnya di Finland

Toshiba jual sahamnya di Finland

TOKYO, 23 Julai – Toshiba telah menjual sahamnya dalam syarikat kejuruteraan Finland dengan harga hampir $1.0 bilion untuk memperkukuhkan kunci kira-kiranya, kata firma semalam, selepas presiden dan beberapa eksekutif lain meletak jawatan berhubung satu skandal perakaunan.

Konglomerat Jepun itu berkata unit lifnya menjual kira-kira 24 juta saham, atau 4.6 peratus daripada saham Kone yang belum dijual, dengan jumlah 864.7 juta euro.

“Toshiba memutuskan untuk menjual saham demi menggunakan aset kumpulan syarikat dan mempertingkat kunci kira-kiranya,” katanya.

Firma Finland itu adalah pengeluar utama lif dan eskalator.

Pengumuman Toshiba keluar sehari selepas presiden syarikat Hisao Tanaka dan beberapa tokoh senior lain meletak jawatan berhubung skandal perakaunan berjumlah $1.2 bilion yang dipersalahkan ke atas usaha mereka untuk mengaut keuntungan.

Satu laporan oleh panel syarikat berkata pengurus terbabit dalam keuntungan melambung “secara sistematik” selama beberapa tahun untuk menutup prestasi lemah, sekali gus memberi tamparan hebat kepada reputasi Japan Inc.

Pada awal tahun ini, Toshiba berkata ia akan keluar daripada perniagaan televisyen Amerika Utara dan

menjual jenamanya di pasaran kepada pengeluar Taiwan, sementara ia juga sedang menimbang untuk menjual beberapa sahamnya dalam Westinghouse yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Syarikat besar itu mempunyai lebih daripada 200,000 pekerja di seluruh dunia yang terbabit dalam perniagaan daripada mesin cuci dan cip memori kepada penjana elektrik dan peralatan perubatan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA