Toshiba jual unit perubatan AS$5.9 bn

Toshiba jual unit perubatan AS$5.9 bn

TOKYO, 17 Mac (AFP) – Toshiba Jepun telah menjual unit peralatan perubatannya kepada syarikat pembuat kamera dan peralatan pejabat, Canon, hampir AS$6 bilion, ujarnya hari ini, ketika ia mengurangkan perniagaannya untuk berpulih daripada skandal perakaunan besar.

Perjanjian itu muncul ketika harga saham Toshiba menjunam hampir lapan peratus selepas satu laporan yang ia masih di bawah siasatan pihak berkuasa AS berhubung tuduhan ia menyembunyikan kerugiannya dalam perniagaan nuklearnya.

Berita perjanjian Canon itu muncul ketika Toshiba menjangkakan kerugian besar sekitar AS$6 bilion bagi tahun itu hingga Mac akibat permintaan global mengendur dan skandal keuntungan ditambahi, yang mana bos-bos selama bertahun-tahun secara sistematik telah menekan orang bawahan mereka untuk melindungi jumlah kewangan lemah mereka.

Syarikat Toshiba menunjukkan android komunikasinya bernama Aiko Chihira yang boleh menggunakan bahasa isyarat dan memperkenalkan dirinya, semasa Pameran Gabungan Teknologi Canggih (CEATEC) JAPAN 2014 di Chiba, timur Tokyo pada gambar fail 7 Oktober 2014. – Reuters
Syarikat Toshiba menunjukkan android komunikasinya bernama Aiko Chihira yang boleh menggunakan bahasa isyarat dan memperkenalkan dirinya, semasa Pameran Gabungan Teknologi Canggih (CEATEC) JAPAN 2014 di Chiba, timur Tokyo pada gambar fail 7 Oktober 2014. – Reuters

Ekoran skandal itu, Toshiba – konglomerat besar yang menghasilkan semuanya dari pemasak nasi hingga loji nuklear telah mengurangkan ribuan kerja dan merancang untuk menjual beberapa unit perniagaannya dalam bidaan untuk memulihkan kekayaannya.

Di bawah perjanjian itu, Toshiba menjual semua sahamnya dalam Sistem Perubatan Toshiba, pengeluar besar dalam peralatan pengimejan perubatan seperti MRI dan pengimbas CT, kepada Canon pada harga 665.5 bilion yen (AS$5.9 bilion).