Toshiba kurangkan 7,000 pekerja

Toshiba kurangkan 7,000 pekerja

TOKYO, 15 Dis (Reuters/Agensi) – Toshiba Corp sedang mengkaji untuk mengurangkan hingga 7,000 kakitangan, sebagai langkah untuk penyelarasan operasi berikutan masalah dalam pengurusan perakaunan, lapor akhbar perniagaan harian, Nikkei.

Kira-kira 6,000 hingga 7,000 pekerja itu membabitkan segmen gaya hidup yang mana termasuk kelengkapan pengguna, mengikut akhbar itu lagi.

Selain itu, akhbar berkenaan turut melaporkan Toshiba juga sedang mempertimbangkan langkah drastik untuk mengurangkan kos operasi di kilangnya di Ome, Tokyo yang mengeluarkan televisyen dan komputer peribadi, yang mana mempertimbangkan untuk memberhentikan pembangunan segmen berkenaan.

Ketua Eksekutif konglomerat Jepun itu, Hisao Tanaka, berkata ia juga adalah susulan daripada peletakan jawatan pegawai kanan pada Julai lalu, berikutan skandal terbesar dalam kewangan syarikat itu yang berlaku sejak beberapa tahun lalu.

Siasatan bebas juga mendapati Ketua Pegawai Eksekutif berkenaan menyedari masalah penurunan keuntungan hingga AS$1.2 bilion dalam tempoh beberapa tahun.