Toshiba lancar pengganding foto 50mbps

Toshiba lancar pengganding foto 50mbps

TOKYO, 29 Ogos – Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan pelancaran pengganding foto yang terkemuka di dalam industri untuk komunikasi berkelajuan tinggi pada kadar data sehingga 50Mbps.

Penghantaran bagi kedua-dua produk baharu ‘TLP2767’ dan ‘TLP2367’ bermula dari hari ini.

‘TLP2767’ adalah produk 50Mbps yang pertama di dalam industri untuk mencapai kedua-dua jarak rayapan dan kelulusan 8mm dan ketebalan pemisahan 0.4mm untuk pengasingan bertetulang.

Ia ditempatkan di dalam sebuah pakej SO6L dan menjamin voltan pengasingan 5000 Vrms (minimum).

‘TLP2367’ ditempatkan di dalam sebuah pakej kecil SO6 5pin, yang menjamin jarak rayapan dan kelulusan 5mm (min) dan voltan pengasingan 3750Vrms.

Kedua-dua produk adalah pakej ketinggian rendah 2.3mm (maksimum) dan memenuhi piawaian keselamatan antarabangsa termasuk UL1577 dan EN60747-5-5.

Pengganding foto baharu itu menjamin masa tunda perambatan 20ns (maksimum), herotan kelebaran nadi 8ns (maksimum) dan pencongan tunda perambatan 10ns (maksimum).

Ia boleh digunakan untuk mengurangkan masa mati bagi pelbagai antara muka termasuk penyongsang, yang boleh menyumbang kepada meningkatkan kecekapan kuasa sistem.

Pada sebelah input, penggabungan LED inframerah output tinggi asal Toshiba mengurangkan arus input ambang sebanyak kira-kira 20 peratus, berbanding dengan produk Toshiba yang sedia ada. Pada sebelah output, satu pengesan foto IC dirangka dengan satu proses CMOS mengurangkan arus bekalan sebanyak kira-kira 50 peratus, berbanding dengan produk Toshiba yang sedia ada, yang boleh menyumbang kepada mengurangkan penggunaan tenaga dan pengurangan kos sistem. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA