Toshiba saman 5 bekas eksekutif

Toshiba saman 5 bekas eksekutif

TOKYO, 9 Nov (AFP) – Toshiba berkata pada Sabtu ia menyaman lima bekas eksekutif untuk pampasan mengenai peranan mereka dalam skandal perakaunan besar, tatkala ia mengumumkan kerugian operasi enam bulan.

Pengumuman itu keluar tatkala syarikat berusia 140 tahun itu berusaha memulihkan reputasinya ekoran skandal penambahan keuntungan berbilion dolar, berpunca daripada eksekutif tertinggi yang memberi tekanan kepada orang bawahan untuk menambah angka kewangan bertahun-tahun lamanya.

Selepas satu siasatan oleh panel pakar yang digaji oleh syarikat, Toshiba berkata ia sedang menuntut eksekutif berkenaan, termasuk tiga bekas presiden, supaya membayar 300 juta yen atau $2.4 juta.

Jumlah tersebut mungkin bertambah jika firma dapat mencari alasan tambahan untuk mendapatkan pampasan seterusnya, kata Toshiba. Syarikat itu akan mengeluarkan keputusan siasatan pakar pada hari ini, setelah mengkaji semula isu privasi untuk individu dan pelanggan yang terbabit, kata Toshiba.

“Kami meminta maaf kerana menimbulkan kebimbangan kepada pemegang saham, pelabur dan stakeholder lain,” kata Toshiba dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Kewangan gergasi elektronik Jepun Toshiba, Masayoshi Hirata mengumumkan keputusan kewangan separuh pertama syarikat itu di ibu pejabat Toshiba semalam. - AFP
Ketua Pegawai Kewangan gergasi elektronik Jepun Toshiba, Masayoshi Hirata mengumumkan keputusan kewangan separuh pertama syarikat itu di ibu pejabat Toshiba semalam. – AFP

Toshiba, yang menjual segalanya daripada pemasak nasi kepada reaktor nuklear, telah mengaku ia telah menambah keuntungan sebanyak kira-kira $1.2 bilion sejak krisis kewangan global 2008.

Dalam apa yang dianggap sebagai salah satu skandal perakaunan paling teruk yang menyelubungi Jepun dalam beberapa tahun ini, kes tersebut memaksa presiden sekarang dan tujuh eksekutif tertinggi lain meletak jawatan pada awal tahun ini.

Sementara itu, Toshiba juga mengumumkan kerugian operasi sebanyak 90 bilion yen untuk enam bulan sehingga September. Kerugian operasi, yang pertama dalam enam tahun untuk separuh tahun pertama, membandingkannya dengan keuntungan sebanyak 137.8 bilion yen setahun sebelumnya.

ARTIKEL YANG SAMA