Toshiba tangg...

Toshiba tangguhkan keputusan kewangan

TOKYO, 14 Feb – Syarikat elektronik dan tenaga Jepun Toshiba Corp menangguhkan laporan mengenai keputusan kewangannya selama sebulan hari ini, memetik masalah dengan auditnya. Saham Toshiba merosot 8 peratus dalam perniagaan Tokyo selepas pendapatannya tidak diumumkan seperti yang dijadual.

Syarikat itu berkata pendapatan tidak akan keluar sehingga 14 Mac. Auditor telah menyoal laporan Toshiba mengenai pemerolehan CB&I Stone & Webster oleh unit nuklear AS Westinghouse, kata syarikat dalam satu kenyataan.

Toshiba menafi melaku sebarang kesalahan. Syarikat itu menjangka menjalankan satu penurunan nilai besar untuk nilai pemerolehan.

Toshiba sedang bergelut dengan satu skandal mengenai pemalsuan buku perakaunan oleh pegawia syarikat selepas ia menetap sasaran keuntungan yang tidak realistik.

Syarikat itu dijangka menyusun semula perniagaan nuklearnya, tetapi tidak ada apa-apa yang telahpun diumumkan. Sektor nuklear Jepun dibelenggu krisis selepas pelbagai peleburan reaktor di kilang tenaga di wilayah Fukushima dicetuskan oleh gempa bumi dan tsunami pada Mac 2011. – AP