Toshiba umum penyelesaian ‘Pemprototaipan Mudah’

Toshiba umum penyelesaian ‘Pemprototaipan Mudah’

TOKYO, 13 Sept – Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions Company hari ini mengumumkan kebolehsediaan serta merta “Pemprototaipan Mudah”, satu penyelesaian yang membolehkan penggunaan semula aset reka bentuk yang diperlukan untuk membangunkan SoC*1 khas yang berskala besar dengan pemprototaipan FPGA*2.

Penerimaan penyelesaian itu secara mendadak memendekkan masa pembangunan daripada pemprototaipan FPGA kepada pembangunan SoC yang ditempah khas. Pemprototaipan mudah boleh diperolehi di platform ASIC and FFSA[TM] *3 Toshiba. Dalam pemprototaipan FPGA yang konvensional, pereka SoC tidak boleh menggunakan semula perkakasan dan aset reka bentuk perisian FPGA untuk pembangunan SoC khas kerana perpustakaan*4 FPGA dan IPs*5 adalah khusus untuk FPGA.

Pemprototaipan mudah memudahkan penggunaan semula aset-aset ini untuk reka bentuk SoC khas dengan menyesuaikan perpustakaan pemprototaipan FPGA yang menggerakkan perpustakaan Toshiba dan subsistem*6 IP.

Ini membolehkan pereka untuk mengenal pasti antara muka dan mudah bertukar-tukar antara prototaip FPGA dan pelaksanaan SoC dengan Toshiba menyediakan wrapper logic*7.

Toshiba menyokong IP pihak ketiga yang mempunyai rekod perkhidmatan yang baik di dalam FPGA dan menyediakan IP ini sebagai subsistem yang disahkan untuk penyambungan dengan penyelesaian SoC khas Toshiba.

10 Gigabit Ethernet (MorethanIP), PCI Express®*8 3.0/2.1/1.1 (Northwest Logic), pengawal DDR3 SDRAM*9 (Northwest Logic) boleh didapati dengan kadar serta merta untuk Pemprototaipan Mudah dan barisan itu sedang diperluaskan untuk meliputi penyelesaian tambahan. – Bernama