Total jual unit kimia kepada dana AS

Total jual unit kimia kepada dana AS

PARIS, 7 Okt – Syarikat minyak Perancis, Total berkata hari ini ia telah menjual unit kimianya Atotech yang menempatkan industri elektronik dan logam ke dana pelaburan Amerika Syarikat (AS), Carlyle sebanyak AS$3.2 bilion (2.9 bilion euro).

Tiada tarikh diberikan atas penutupan perjanjian itu, yang menjadi sebahagian daripada usaha Total untuk menjual AS$10 bilion dalam aset antara 2015 dan 2017 ketika ia melaraskan harga minyak mentah pada separuh tahapnya pada pertengahan 2014.

Atotech menyediakan kimia yang digunakan dalam pengeluaran elektronik seperti papan litar cetakan dan semikonduktor serta kemasan logam yang digunakan dalam industri automobil, pembinaan dan perkakasan perabot.

Dengan lebih 4,000 pekerja di seluruh dunia, terutamanya di China dan Jerman, syarikat itu mencatatkan jualan 1 bilion euro tahun lepas. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA