Totenham mahu kekalkan rentak

Totenham mahu kekalkan rentak

LONDON, 25 Dis (Reuters) – Pemain pertahanan, Jan Vertonghen, berharap Tottenham Hotspur mampu mengulangi rentak kemenangan ketika membenam Southampton 2-0, minggu lalu dalam mengharungi jadual padat musim cuti Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kelab berpangkalan di sini itu ketika ini menghuni kedudukan keempat liga dan berusaha untuk menamatkan saingan di kedudukan empat teratas, musim ini.

“Jika kamu boleh meraih beberapa kemenangan ketika sedang bangkit, kamu secara tiba-tiba mendaki kedudukan. Itulah yang kamu perlukan, perjalanan yang baik,” kata pemain pertahanan kelahiran Belgium itu.

Tottenham ketika ini hanya dibezakan sembilan mata di belakang pendahulu liga, Leicester diikuti Arsenal dan Manchester City.

Spurs dijadualkan bertemu Norwich City, Sabtu ini.

Daripada lapan perlawanan di White Hart Lane, sepanjang musim ini, Spurs hanya tewas sekali.

Pertahanan skuad bimbingan Mauricio Pochettino itu dianggap antara terbaik dalam EPL bersama Arsenal dan Manchester United.

ARTIKEL YANG SAMA