Tottenham tersungkur

Tottenham tersungkur

LONDON, 22 Feb (Reuters) – Tottenham Hotspurs tersingkir daripada kempen Piala FA apabila tewas 1-0 kepada Crystal Palace di White Hart Lane, awal pagi tadi.

Tampil selaku pasukan pilihan, skuad bimbingan Mauricio Pochettino bagaimanapun bergelut untuk bangkit selepas dikejutkan dengan jaringan pelawat menerusi Martin Kelly pada minit ke-45.

Gol itu menjadi satu-satunya jaringan yang terhasil dengan beberapa percubaan tuan rumah termasuk daripada Dele Alli pada babak pertama gagal menemui sasaran.

Martin bersaing dengan Danny Rose ketika dalam perlawanan Tottenham Hotspur menentang Crystal Palace. Hotspurs tersingkir daripada kempen Piala FA apabila tewas 1-0 kepada Crystal Palace di White Hart Lane. – Reuters

The Eagles akan muncul dalam suku akhir pertandingan buat kali pertama dalam tempoh 21 tahun, dan mereka akan menentang kelab Liga Kejuaraan, Reading – salah satu kelab Pardew sebelum ini sebagai pengurus.

Alan Pardew mahu memimpin Crystal Palace kepada ‘musim terbaik yang pernah’ mereka kecapi dalam Liga Perdana Inggeris.

“Kita boleh berbuat demikian dan kami berada di peringkat suku akhir Piala.

ARTIKEL YANG SAMA