Totti bayar sendiri polis jaga anak

Totti bayar sendiri polis jaga anak

MILAN, 11 Nov (AFP) – Kapten pasukan Roma Francesco Totti secara peribadi membayar sepasukan anggota polis selama dua tahun untuk menghalang anak lelakinya, Christian Totti daripada diculik, menurut laporan di Itali.

Totti, 38, menghampiri penghujung kerjaya cemerlang bersama Giallorossi tetapi status tinggi midfield itu sebagai Il Re di Roma (Raja Rom) tidak menyulitkan.

Di antara 2008 dan 2010, Totti terpaksa membayar para pegawai untuk memerhatikan anak lelakinya ketika khabar angin penyokong keras ‘ultra’ Roma, yang baru dibebaskan dari penjara, ditawarkan 50,000 euro untuk menculik anak lelaki Totti yang berusia 10 tahun minggu lalu.

Dakwaan dibuat oleh Luca Odevaine, bekas ketua kakitangan bekas Datuk Bandar Rom, Walter Veltroni, ketika disiasat oleh polis berhubung siasatan ‘Mafia Capitale’, menyaksikan 46 tertuduh dibicarakan di Rom minggu lalu.

Menurut laporan Gazzetta dello Sport, polis ketika itu tidak dapat mengesahkan khabar angin itu dan Totti diputuskan untuk membayar sepasukan pegawai yang menghampiri usia persaraan dengan dari wang sendiri untuk memastikan keselamatan anaknya.

Francesco Totti bersama anaknya Cristian dalam gambar fail 16 Oktober 2014. – Agensi
Francesco Totti bersama anaknya Cristian dalam gambar fail 16 Oktober 2014. – Agensi

“Satu hari Vito Scala (pelatih Totti) datang berjumpa saya dan memberitahu saya bahawa Ultra Roma yang baru saja keluar dari penjara memberitahunya, dia ditawarkan 50,000 euro untuk menculik anak lelaki Totti,” kata Odevaine dalam laporan.

“Dia meminta saya untuk memeriksa. Saya memeriksa bersama bekas pemerintah Carabinieri Luongo, bersama datuk bandar Rom dan bersama cawangan khas.

“Memandangkan kami hanya berdepan dengan khabar angin, kami bersetuju bahawa tidak perlu untuk mengerahkan perkhidmatan keselamatan.

“Jadi ia terserah kepada sekumpulan pasukan yang hampir kepada persaraan untuk memainkan peranan penyeliaan di luar masa bekerja. Totti sendiri membayar mereka, memberikan wang kepada saya sebelum saya menyerahkannya.”