Totti bersara dua tahun lagi

Totti bersara dua tahun lagi

MILAN, 12 Jan (Reuters) – Penyerang veteran AS Roma, Francesco Totti bertekad untuk terus bermain bagi tempoh dua tahun lagi menerusi mesej hari jadi yang diberikan kepada bekas rakan sepasukannya, Daniele Conti.

Totti, 39, menghabiskan keseluruhan kerjayanya bersama kelab berpangkalan di ibu negara Itali itu ketika Conti, 37 meninggalkan Roma untuk menyertai Cagliari pada 1999.

“Kamu semakin tua… saya dengar yang kamu berlatih untuk menjadi jurulatih… saya akan bermain untuk dua tahun lagi, jika kamu mahu saya bermain (untuk kamu), saya akan datang,” kata Totti.

Totti membuat penampilan pertamanya dalam kempen Serie A pada 1992 dan menjadi kapten Roma pada 1998.

Totti bertekad untuk beraksi dua tahun lagi. – AFP
Totti bertekad untuk beraksi dua tahun lagi. – AFP

Pemain yang dianggap legenda itu sudah bermain 592 perlawanan dalam liga elit Itali, ketiga terbanyak di belakang rekod bintang AC Milan, Paolo Maldini (647) dan Inter Milan, Javier Zanetti (615).

Totti kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan ketika Roma mencatat keputusan seri 1-1 menentang AC Milan, Sabtu lalu. Dia yang berdepan kecederaan paha terpaksa disisihkan sejak penghujung September lalu.

ARTIKEL YANG SAMA