Totti masih berbisa

Totti masih berbisa

MILAN, 12 Sept – Penyerang veteran AS Roma, Francesco Totti menjaringkan gol pada masa kecederaan menerusi penalti dalam penampilan sulungnya musim ini di Serie A ketika pasukannya menewaskan Sampdoria 3-2, awal pagi tadi.

Bekas penyerang kebangsaan Itali berusia 39 tahun itu kini sudah menjaringkan gol untuk 23 musim berturut-turut buat Roma dengan kemenangan menyaksikan kelab itu kini ketinggalan dua mata di belakang pendahulu, Juventus yang menang 3-1 ke atas Sassuolo, semalam.

“Ia adalah yang pertama, secara jujurnya, saya menjadi sedikit takut untuk melakukan kesilapan,” kata Totti yang sudah merekodkan 759 penampilan bersama Roma mengenai penalti itu.

“Saya tidak mampu untuk gagal melaksanakannya di tepat duduk South Curve, di depan peminat-peminat saya.”

Ternyata usia Totti yang kini sudah menjangkau 39 tahun bukan penghalang buat pemain itu untuk menyumbang jaringan buat pasukannya. – AFP
Ternyata usia Totti yang kini sudah menjangkau 39 tahun bukan penghalang buat pemain itu untuk menyumbang jaringan buat pasukannya. – AFP

Hujan lebat yang turut secara tiba-tiba pada awal pada awal babak kedua di Stadium Olimpik Rom juga menyaksikan perlawanan terpaksa ditangguhkan lebih sejak kerana air bertakung di kawasan padang.

Keadaan cuaca juga mengganggu kelancaran perlawanan di antara Genoa menentang Fiorentina yang terpaksa dihentikan ketika perlawanan memasuki minit ke-28 disebabkan oleh banjir kilat.

Penjaga gol England, Joe Hart juga membuat penampilan sulung di Torino namun ia bermula dengan langkah kiri apabila kelab itu tewas 2-1 kepada Atalanta.

Dalam pada itu, jaringan pada masa kecederaan Mauro Icardi menghadiahkan pengurus baru Inter Milan, Frank de Boer kemenangan pertama selepas menewaskan Pescara 2-1. – AFP