Totti menandatangani musim terakhir bersama Roma

Totti menandatangani musim terakhir bersama Roma

ROM, 8 Jun – Bintang veteran kelab AS Roma, Francesco Totti telah menandatangani untuk bermain dengan kelab itu bagi musim 2016-2017 bagi musim ke-25, kelab Serie A itu mengumumkan dalam laman twitternya hari ini.

Bagaimanapun, Roma tidak mendedahkan jumlah bayaran yang diberikan kepada pemain bola sepak itu, yang dijangkakan kira-kira 1 juta euro (AS$1.13 juta), menurun daripada 4.5 juta euro setiap musim yang dia peroleh sebelum ini.

Ia dilaporkan bahawa Totti, yang akan mencecah umur 40 tahun pada hujung September ini, bersetuju dengan presiden James Palotta untuk mengambil peranan pengurus di kelab itu pada 2017 bagi tempoh enam tahun berikutnya.

Pemenang Piala Dunia 2006 itu membuat penampilan pertama bersama kelab itu pada 1993, mengumpul 601 penampilan liga dan 284 gol.

Dia membantu Roma untuk memenangi gelaran domestik ketiga pada 2000-01 dan dua kali menjulang Piala Itali. – dpa