Toure bakal sertai Celtic

Toure bakal sertai Celtic

GLASGOW, 24 Julai – Pertahanan Ivory Coast, Kolo Toure semakin hampir untuk bersatu semula dengan bekas pengurusnya di Liverpool, Brendan Rodgers di Celtic. Bagaimanapun, pemain berusia 35 tahun itu difahamkan tidak sempat diturunkan dalam kunjungan untuk pertemuan pusingan kelayakan Liga Juara-Juara pada Rabu ini.

Toure, yang turut pernah menyarung jersi Arsenal dan Manchester City, dilihat berada di Parkhead semalam ketika pasukan Scotland itu tumpas kepada Leicester City pada Piala Juara-Juara Antarabangsa menerusi penentuan sepakan penalti.

“Saya membawa dia (Toure) ke Liverpool untuk menambah pengalaman dan untuk membantu pertahanan sedia ada sewaktu itu dan saya fikir daripada impak dibawanya terutama musim lalu, dia adalah tonggak penting untuk Jurgen (Klopp) dan beraksi pada pentas akhir Liga Europa,” kata Rodgers.

Toure semakin hampir untuk bersatu semula dengan bekas pengurusnya di Liverpool, Brendan Rodgers di Celtic. - AFP
Toure semakin hampir untuk bersatu semula dengan bekas pengurusnya di Liverpool, Brendan Rodgers di Celtic. – AFP

Namun Toure, tidak akan mewakili Celtic apabila mereka melalui perjalanan panjang untuk berdepan Astana bagi aksi pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara dua hari dari sekarang.

“Saya fikir untuk Rabu ini terlalu cepat buatnya,” kata Rodgers. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA