Toure bukan lagi Citizen musim depan

Toure bukan lagi Citizen musim depan

LONDON, 5 April (Reuters) – Pemain tengah Manchester City, Yaya Toure bakal meninggalkan kelab itu pada akhir musim ini selepas tidak ditawarkan kontrak baru.

Pemain berusia 32 tahun dari Ivory Coast dan pemain terbaik Afrika Selatan empat kali berturut-turut itu mula menyertai City dari Barcelona dengan nilai 24 juta pound pada Julai 2010.

Enam tahun lalu, Toure dijual oleh pengurus Barca, Pep Guardiola, individu yang bakal menggantikan Manuel Pellegrini selaku jurulatih City sebaik saja pengendali dari Sepanyol itu meninggalkan Bayern Munich penghujung musim ini.

“Kami sudah menunggu terlalu lama. Manchester City menjanjikan satu kontrak tetapi ia masih belum dimuktamadkan lagi, jadi Yaya akan meninggalkan kelab pada Jun ini,” kata ejennya, Dimitri Seluk.

“Sudah pasti Yaya kecewa tetapi dia seorang yang profesional dan kekal di bawah kontrak, jadi dia akan terus bermain yang terbaik untuk City.” Yaya sebelum ini dikaitkan dengan pemindahan ke Inter Milan, kelab yang dikendali bekas pengurus City, Roberto Mancini.

Toure akan meninggalkan Manchester City selepas kontraknya selesai musim panas ini. – Reuters
Toure akan meninggalkan Manchester City selepas kontraknya selesai musim panas ini. – Reuters

“Beberapa tawaran sudah dilakukan untuk mendapatkan Yaya dan kami sedang menilainya,” kata Seluk. “Inter? Sudah tentu kami sedang berbincang mengenai sebuah kelab yang hebat.

“Semua tahu mengenai hubungan Yaya dan Mancini tetapi … kami tidak melakukan sebarang keputusan lagi.

“Projek Nerazzurri hebat dan Inter adalah sebuah kelab yang menakjubkan jadi ia adalah normal apabila mereka mahukan pemain yang berada di tahap sebegini.”

Toure menjuarai Liga Perdana Inggeris bersama City pada tahun 2012 dan 2014, Piala FA 2011 dan Piala Liga 2014 dan 2016.

City dijadual berdepan Paris St Germain pada pusingan pertama suku akhir Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis ini.

ARTIKEL YANG SAMA