Toure pemain hebat

Toure pemain hebat

LONDON, 26 Feb (Reuters) – Roy Keane percaya Yaya Toure adalah ‘pemain hebat’ tetapi hanya apabila pemain tengah Manchester City itu berusaha untuk melakukannya.

Toure meledak gol menakjubkan untuk membantu City mendahului 3-1 menerusi agregat pada perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara berdepan Dynamo Kiev.

Namun, bekas kapten Manchester United turut melabel bintang Ivory Coast itu sebagai ‘pemain mengecewakan’ kerana prestasi kurang konsisten.

Bercakap kepada ITV Liga Juara-Juara, Keane berkata, “Ada harinya, dia seorang pemain yang hebat.

“Dia mempunyai banyak kebebasan untuk bergerak dan bermain di hadapan, tapi dia pasti pemain mengecewakan untuk ditonton kerana saya sudah melihat dia pada hari tertentu yang mana dia tidak kelihatan baik.

Aksi Yaya (dua kanan) ketika bersaing dengan Denys Garmash dan Lukasz Teodorczyk dalam perlawanan Manchester City menentang Dynama Kiev. – Reuters
Aksi Yaya (dua kanan) ketika bersaing dengan Denys Garmash dan Lukasz Teodorczyk dalam perlawanan Manchester City menentang Dynama Kiev. – Reuters

“Pada hari yang tidak baik, dia tidak baik. Dia pasti tidak suka kembali bangkit, dan dia akan lebih berusia.”

Gol daripada Sergio Aguero, David Silva dan Toure membolehkan City menang 3-1 di Ukraine dan mereka berada di kedudukan terbaik untuk mara ke peringkat suku akhir buat kali pertama.

Sementara itu, kapten Manchester City, Vincent Kompany berkata kemenangan mereka pada perlawanan lalu menentang Dynamo Kiev memberikan kepuasan yang ‘dahagakan kemenangan’ setelah beberapa kali mengalami kekalahan pada perlawanan yang lalu.

“Prestasi yang baik, dengan jaringan 3-1 adalah keputusan yang baik dan kami gembira dengannya,” Kompany ketika memberitahu BT Sport.