Toure umum persaraan antarabangsa

Toure umum persaraan antarabangsa

MANCHESTER, United Kingdom, 21 Sept – Pemain Terbaik Tahunan empat kali Afrika, Yaya Toure dari Ivory Coast mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa semalam.

Midfield Manchester City berusia 33 tahun itu yang meraih 113 kali kap termasuk kemunculan dalam tiga Piala Dunia itu berkata, ia satu keputusan yang sukar.

“Menulis nota ini adalah ‘perlawanan paling sukar dalam hidup saya’,” tulis Toure, yang menghadapi musim menarik ketika tidak lagi menjadi pemain pilihan di Manchester City.

“Selepas 14 tahun berada pada peringkat tertinggi, saya pasti sudah tiba masanya bagi saya! Faktanya saya sudah berusia 33 tahun sekarang, keadaan latihan dan perlawanan yang banyak bukanlah alasan mengapa saya membuat keputusan ini.”

Toure, sebahagian dari generasi emas Ivory Coast seperti Didier Drogba, adiknya Kolo Toure dan Gervinho, berkata semua kejayaannya pada peringkat kelab termasuk Liga Juara-Juara bersama Barcelona pada 2009, ia akhirnya memenangi Piala Negara-Negara Afrika 2015 yang pertama mereka sejak 1992 dan masih menjadi ingatan paling manis.

Toure, yang membuat kemunculan bersama Ivory Coast pada 2004, menjadi kapten pasukan ‘Gajah’ itu setelah menggantikan Drogba sebagai kapten apabila memanggilnya pada peringkat antarabangsa selepas Piala Dunia 2014. – AFP