Tourism Malaysia tarik perhatian di New York

Tourism Malaysia tarik perhatian di New York

NEW YORK, 10 Jan (Bernama) – Malaysia terus menjadi destinasi pelancongan menarik seperti yang terbukti menerusi Pameran Kembara New York selama tiga hari yang menyaksikan Pejabat Tourism Malaysia New York bekerja keras dalam mengetengahkan pelbagai tarikan pelancongan di negara itu.

Mary Scully, pengurus pemasaran Pejabat Tourism Malaysia New York, berkata semakan semula aliran pelancong pada 2015 dari Amerika Utara ke Malaysia memperlihatkan peningkatan kecenderungan ke arah pelancongan mewah.

Turut menjadi pilihan adalah apa yang disifatkannya sebagai ‘pengalaman kembara unik’, misalnya melihat hidupan liar di habitat mereka.

“Selain trend seumpama itu, kami turut mendapati trend kembara bersama-sama keluarga, yang dikenali sebagai kembara generasi, ke Malaysia,” katanya ketika ditemui Bernama pada pameran itu.

Scully berkata beliau mendapati wujud ‘aura positif’ yang digambarkan oleh kalangan blogger dalam mengetengahkan trend kembara baharu.

ARTIKEL YANG SAMA