Townsend ganti Sterling

Townsend ganti Sterling

BURTON-ON-TRENT, United Kingdom, 4 Okt – Pemain sayap Crystal Palace Andros Townsend menjadi pengganti kepada Raheem Sterling dalam skuad England selepas pemain Manchester City yang cergas sebelum ini menarik diri akibat kecederaan, Persatuan Bola Sepak mengumumkan pada Isnin.

Townsend, 25, kali terakhir dipanggil untuk menggalas tugas England pada aksi persahabatan pra-Euro 2016 menentang Turki dan Australia. Beliau telah meraih 11 kap dan menjaringkan tiga gol. Sterling dipercayai mengalami kecederaan kecil pada betis.

Beliau cukup cergas beraksi untuk City di bawah Pep Guardiola walaupun mempamerkan rentak kurang bertenaga dalam kekalahan 2-0 di Tottenham Hotspur pada Ahad.

England akan menjadi tuan rumah kepada Malta untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2018 pada Sabtu ini dalam perlawanan pertama mereka sejak Gareth Southgate menggantikan Sam Allardyce sebagai pengurus sementara. England akan pergi ke Slovenia minggu depan.

Pemain England telah berkumpul di Pusat Latihan St George Park di Burton, tengah England, hari ini.

Pemain Everton, Idrissa Gueye (kiri) bersaing dengan Townsend untuk menguasai bola dalam aksi liga di Goodison Park pada 30 September lalu. – AP
Pemain Everton, Idrissa Gueye (kiri) bersaing dengan Townsend untuk menguasai bola dalam aksi liga di Goodison Park pada 30 September lalu. – AP

Semua peminat England pasti tertunggu-tunggu rentak The Three Lions di bawah teraju Southgate.

Skuad England dibawah kendalian Sam Allardyce mengekalkan rekod 100 peratus walaupun Big Sam hanya mengemudikan skuad untuk 67 hari sahaja.

Untuk kempen kelayakan kali ini, barisan penjaga gol England terdiri daripada Fraser Forster (Southampton), Joe Hart (Torino/ITA, on loan from Manchester City) dan Tom Heaton (Burnley).

Barisan penyerang pula menampilkan Ryan Bertrand (Southampton), Gary Cahill (Chelsea), Phil Jagielka (Everton), Glen Johnson (Stoke City), Danny Rose (Tottenham Hotspur), Chris Smalling (Manchester United), John Stones (Manchester City) dan Kyle Walker (Tottenham Hotspur).

Untuk bahagian tengah, England menyerahkan tugasan kepada Eric Dier (Tottenham Hotspur), Jordan Henderson (Liverpool), Alex Oxlade-Chamberlain (Arsenal), Michail Antonio (West Ham United), Jesse Lingard (Manchester United), Andros Townsend (Crystal Palace), Theo Walcott (Arsenal) dan Dele Alli (Tottenham Hotspur).

Jentera serangan The Three Lions pula menampilkan Wayne Rooney (Manchester United, kapt), Marcus Rashford (Manchester United), Daniel Sturridge (Liverpool) dan Jamie Vardy (Leicester City). – AFP