Toyota catat rekod keuntungan

Toyota catat rekod keuntungan

TOKYO, 11 Mei (dpa) – Toyota melaporkan keuntungan setahun lalu pada hari ini, memetik pengurangan kos dan ketidakstabilan mata wang, tetapi meramalkan kemerosotan keuntungan pertamanya dalam lima tahun untuk tempoh sekarang.

Pendapatan bersih mencecah 2.31 trilion yen pada tahun sehingga 31 Mac, kata pengeluar kereta Jepun, naik 6.4 peratus daripada 2.17 trilion yen pada tahun sebelumnya.

Pendapatan operasi meningkat kepada 2.75 trilion yen daripada 2.85 trilion.

“Faktor utama yang menyumbang kepada pertambahan termasuk usaha pengurangan kos sebanyak 390.0 bilion yen dan turun naik mata wang sebanyak 160.0 bilion yen,” katanya.

Jualan berdasarkan unit merosot sedikit, berkurangan 290,536 kepada 8,681,328 di seluruh dunia.

Presiden Toyota Motor Corp, Akio Toyoda ketika mengumumkan perkara tersebut. – AP
Presiden Toyota Motor Corp, Akio Toyoda ketika mengumumkan perkara tersebut. – AP

“Faktor positif seperti usaha pengurangan kos dan kadar tukaran asing yang positif telah menghapuskira faktor negatif seperti kemerosotan jualan kenderaan dan pertambahan perbelanjaan, terutamanya kos pekerja dan eprbelanjaan R&D,” naib presiden eksekutif Takahiko Ijichi dipetik sebagai berkata.

Namun syarikat meramalkan satu kemerosotan dalam keuntungan untuk kali pertama dalam lima tahun untuk tahun itu yang bermula pada April, merosot 35 peratus kepada 1.5 trilion yen, jauh lebih rendah daripada 2.19 trilion yen yang dijangkakan dalam satu tinjauan oleh agensi berita kewangan Bloomberg.

Kenyataan mengingatkan seterusnya bahawa ramalan “tidak termasuk kesan penggantungan operasi ke atas kilang pemasangan kenderaan di Jepun yang berpunca daripada gempa bumi Kumamoto” pada April.

Ramalan adalah berdasarkan pada kadar tukaran sebanyak 105 yen berbanding dolar, dan 120 yen berbanding euro, katanya.

ARTIKEL YANG SAMA