Toyota Corolla klasik tetap menyengat

Toyota Corolla klasik tetap menyengat

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jun – Kawasan Bilik Pameran Toyota NBT (B) Sdn Bhd, di Gadong, hari ini, dibanjiri dengan kereta-kereta klasik Toyota Corolla tahun 1960-an hingga 1990-an dalam acara perhimpunan anjuran NBT (B).

Pengerusi perhimpunan berkenaan, Awang Shamrin bin Haji Abdul Latif berkata acara itu disertai lebih 100 orang ahli kereta klasik Toyota.

Ia bertujuan untuk menghargai model-model lama Toyota yang sehingga kini masih kekal wujud, di mana kereta-kereta dipamerkan mengikut urutan daripada model generasi pertama hingga model 90-an termasuk model terkenal Toyota AE86 yang dikenali dengan kawalan kereta berkenaan.

Selain itu, menerusi acara berkenaan, ahli-ahli juga dapat berbincang dan juga mengeratkan lagi silaturahim sesama mereka.

Menggamit nostalgia, kereta klasik Toyota Corolla keluaran 1960-an hingga 1990-an.
Menggamit nostalgia, kereta klasik Toyota Corolla keluaran 1960-an hingga 1990-an.
Lebih 100 pemilik kereta klasik berhimpun di Bilik Pameran NBT (B) Sdn Bhd.
Lebih 100 pemilik kereta klasik berhimpun di Bilik Pameran NBT (B) Sdn Bhd.

Pada perhimpunan itu, beberapa acara turut diadakan termasuk pemberian baju-T perhimpunan pemilik kereta Toyota, manakala kereta hiasan terbaik dan kereta pemuliharaan terbaik menerima hadiah istimewa daripada NBT (B) Sdn Bhd.