Toyota gugurkan jenama Scion

Toyota gugurkan jenama Scion

DETROIT, 4 Feb – Toyota berkata semalam ia akan menggugurkan jenama Scionnya, jenama kereta yang dilancarnya di Amerika Syarikat 13 tahun lalu yang menyasarkan pada golongan millenia dan hipster Amerika.

Pengeluar kereta terbesar dunia berkata ia akan berhenti menjual kereta di bawah nama Scion pada musim panas, dan sebaliknya menggabung mereka ke dalam armada utamanya untuk pasaran AS.

Jim Lentz, ketua eksekutif Toyota Motor Amerika Utara, berkata keputusan pengeluar kereta Jepun untuk menghapus plat Scion ditentukan oleh peralihan pasaran daripada kereta kecil dan berdasarkan perubahan dalam tabiat pembelian penduduk Amerika yang lebih muda.

“Pembeli lebih muda hari ini masih mahu kenderaan yang seronok untuk dipandu yang nampak cantik, tetapi mereka juga lebih praktikal,” kata Lentz dalam satu kenyataan.

Diperkenalkan pada 2003, Scion menarik pembeli lebih muda dengan kereta berharga kurang daripada $20,000, daripada mini-hatchback xA dan xB kepada kereta sports FR-S, adik kepada Subaru BRZ.

Model konsep Scion yang dipamerkan ketika pertunjukan kereta di Detroit, AS bulan lepas. – Reuters
Model konsep Scion yang dipamerkan ketika pertunjukan kereta di Detroit, AS bulan lepas. – Reuters

Scion “membenarkan kami mempercepat idea yang sepatutnya mencabar untuk diuji menerusi rangkaian Toyota,” kata Lentz, eksekutif yang bertanggungjawab terhadap jenama itu pada pelancarannya.

Pada permulaannya, ia mencatat kejayaan dengan pengkritik dan mencapai beberapa matlamat jualan. Kira-kira 70 peratus daripada Scion dibeli oleh pelanggan baru Toyota, dan 50 peratus daripada pembeli adalah berusia di bawah 35 tahun.

Namun jualan merosot kepada 56,000 unit pada 2015, turun tiga peratus berbanding tahun sebelumnya meskipun peningkatan pasaran pada keseluruhannya.

Secara perbandingan, Toyota menjual 363,000 kereta sedan Corolla di Amerika Syarikat pada tahun lalu. – AFP