Toyota hentikan pengeluaran seminggu

Toyota hentikan pengeluaran seminggu

TOKYO, 1 Feb – Toyota hari ini menyatakan ia akan menghentikan pengeluaran kenderaannya buat sementara waktu di Jepun disebabkan kekurangan alat ganti ekoran satu letupan di salah satu pembekal.

Pengeluar kereta terkenal dunia itu menyatakan kilang pemasangan di pasaran tempat sendiri akan ditutup selama seminggu dari 8 Februari disebabkan kekurangan komponen daripada Aichi Steel.Pengeluaran luar negara tidak akan digantung, tambahnya.

Toyota menyiar keputusan kewangan sembilan bulannya pada minggu ini. Ia tidak berkata sama ada penutupan pengeluaran sementara akan menjejas keputusannya pada suku sekarang.

“Operasi dijadualkan diteruskan pada 15 Februari, dan pengeluaran kenderaan di kilang di luar Jepun tidak akan digantung,” kata syarikat.

“Toyota akan terus mengambil mana-mana langkah yang perlu untuk meminimumkan kesan kejadian ini ke atas pengeluaran kenderaan.”

Toyota berkata ia mungkin mendapatkan alat ganti yang dihasilkan di kilang pengeluaran alternatif yang dikendalikan oleh Aichi Steel dan juga mungkin memperoleh komponen daripada pengeluar keluli lain untuk memenuhi keperluannya.

Aichi Steel, yang menghasilkan produk keluli khas di antara produknya, terjejas oleh letupan pada 8 Januari yang memusnahkan teruk sebahagian dari tapak pengeluarannya.Aichi Steel dijangka kembali beroperasi sepenuhnya pada Mac.Toyota berkata ia tidak mendedahkan pelan pengeluaran hariannya, tetapi firma itu telah berkata ia menghasilkan 14,000 unit sehari pada 2015.

Syarikat itu, yang mengatasi Volkswagen pada 2015 untuk mengekal gelaran pengeluar kereta paling laris di dunia, mengeluar lebih daripada empat juta kereta di Jepun pada tahun lalu dan lebih 10 juta di seluruh dunia.

Di Bursa Saham Tokyo, saham Toyota meningkat 1.31 peratus kepada 7,294 dalam awal perniagaan, sama dengan indeks Nikkei, yang menambah 1.27 peratus. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA