Toyota Innova curi tumpuan pengunjung

Toyota Innova curi tumpuan pengunjung

Oleh Anwar Rosly

 

BELAIT, 17 April – Bagi memperkenalkan model terbaru Toyota Innova, NBT (Brunei) Sdn Bhd kini mengadakan pameran di ketiga-tiga cawangannya di Gadong, Bunut dan Kuala Belait.

Pameran berkenaan mengetengahkan Innova terbaru yang mempunyai tujuh tempat duduk dengan varian manual 2.4 (G) diesel dan auto 2.4 (V) diesel.

Apa yang menarik ialah Toyota telah menambah baik varian auto 2.4 (V) diesel dari segi ketersediaan tujuh beg udara, kamera undur, paparan yang mudah bagi melihat pelbagai maklumat dan sistem audio skrin sesentuh.

Bentuk luaran kenderaan model terbaru tersebut (atas) dan ruang dalamannya (bawah).
Bentuk luaran kenderaan model terbaru tersebut (atas) dan ruang dalamannya (bawah).

pg08_160418_d

Bahagian dalam kedua-dua varian itu juga mempunyai ruang penumpang yang selesa dan tempat penyimpanan yang luas. Tempat duduknya juga boleh dilipat dengan mudah bagi memberi ruang yang lebih besar untuk tempat menyimpan barang-barang.

Sehubungan itu, para peminat kereta Toyota boleh mengunjungi dan melihat kereta-kereta tersebut di kesemua bilik pameran NBT bermula hari ini dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Dalam pada itu, salah seorang kakitangan NBT (Brunei) Sdn Bhd di Daerah Belait turut memberitahu bahawa pameran kereta SUV Toyota Fortuner akan dilancarkan pada 22 April ini.

ARTIKEL YANG SAMA