Toyota jual 10.15 juta kenderaan 2015

Toyota jual 10.15 juta kenderaan 2015

TOKYO, 27 Jan – Toyota mengekalkan gelarannya sebagai pengeluar automobil terbesar di dunia hari ini selepas mencatatkan jualan sejagat 10.15 juta buah kenderaan bagi tahun 2015, mengatasi Volkswagen yang dilanda skandal dan saingannya dari AS General Motors.

Dalam kepayahan melupakan skandal penipuan pencemaran, Vokswagen sebelumnya mengatakan ia telah mencatatkan jualan 9.93 juta buah kenderaan di seluruh dunia tahun lalu, manakala GM, iaitu pengeluar Chevrolet dan Cadillac, mencatatkan 9.8 juta.

Dalam separuh pertama tahun ini, syarikat gergasi Jerman itu berada pada kedudukan pertama, mengatasi Toyota ketika ia menikmati momentum dalam ekonomi-ekonomi sedang berkembang. Tetapi kemudian ia mencatatkan kejatuhan pertamanya dalam jualan tahunan bagi tempoh lebih sedekad, ketika ia dilanda skandal besar penipuan pencemaran.

Toyota memintas penerajuan berdekad-dekad GM sebagai pengeluar automobil terkemuka di dunia dalam tahun 2008 tetapi tiga tahun kemudian tewas kepada firma AS, apabila bencana tsunami dan gempa bumi di Jepun telah menjejaskan pengeluaran dan menjejaskan rangkaian bekalan.

Bagaimanapun dalam tahun 2012 sekali lagi ia mengatasi saingannya dari Detroit dan terus kekal berada di atas sejak itu di sebalik jualan lembap di pasarannya sendiri yang mana ekonomi lemah telah mengurangkan permintaan. – AFP

Toyota Prius (Kiri) dan Prius V ditayangkan di Pameran Automobil Antarabangsa Amerika Utara di Detroit. – Reuters
Toyota Prius (Kiri) dan Prius V ditayangkan di Pameran Automobil Antarabangsa Amerika Utara di Detroit. – Reuters