Toyota kini di KBSentral

Toyota kini di KBSentral

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 4 Mac – Pelbagai model kereta jenama Toyota kini dipamerkan di Kompleks Beli-belah KBSentral dalam jerayawara selama tiga hari bermula hari ini, anjuran Syarikat NBT Brunei.

Selain daripada Toyoto Hilux, Toyota Camry, Toyota Wigo dan Toyota Innova, jerayawara berkenaan turut mengetengahkan kereta sport Toyota FT-86 yang popular dalam kalangan muda dan peminat kereta sport.

Para pengunjung bukan sahaja dapat menyaksikan pameran malahan berpeluang menguji pandu kereta Toyota Vios dan Toyota Altis, di kawasan pintu masuk utama pusat beli-belah tersebut.

Salah sebuah kereta keluaran Toyota yang diminati oleh golongan muda iaitu Toyota FT-86.
Salah sebuah kereta keluaran Toyota yang diminati oleh golongan muda iaitu Toyota FT-86.
Pengunjung Kompleks Beli-belah KBSentral berpeluang menyaksikan pameran pelbagai model kereta Toyota.
Pengunjung Kompleks Beli-belah KBSentral berpeluang menyaksikan pameran pelbagai model kereta Toyota.

Sambil menyaksikan pameran berkenaan, pengunjung juga dapat bersantai bersama keluarga, yang mana KBSentral akan mengadakan pelbagai aktiviti hujung minggu termasuk kemunculan maskot digemari kanak-kanak yang akan diadakan esok dan 6 Mac dari pukul 2 petang hingga 3 petang dan diteruskan lagi pada sebelah malam dari 7 malam hingga 8 malam.

Dalam masa yang sama, kanak-kanak juga peluang menyertai aktiviti mewarna, menyaksikan pertunjukan Anak Kuat Brunei Aiman Mujibur, yang dijangka akan menarik dua buah kereta sekali gus di kawasan depan pusat beli-belah itu sejauh kira-kira 50 meter yang akan diadakan pada pukul 4 petang.

ARTIKEL YANG SAMA