Toyota panggil balik 2.9 juta kenderaan

Toyota panggil balik 2.9 juta kenderaan

TOKYO, 18 Feb (AFP) – Toyota hari menyatakan bahawa ia memanggil balik 2.87 juta kenderaan mereka di seluruh dunia disebabkan kemungkinan tali pinggang keledar bahagian belakang boleh terputus ketika kejadian kemalangan dan menyebabkan kecederaan.

Pemanggilan balik itu melibatkan kereta suv Toyota RAV4 yang dibuat di antara Julai 2005 dan Ogos 2014 dan di antara Oktober 2005 dan Januari 2016.

Pengumuman itu juga melibatkan kenderaan SUV Vanguard yang dikeluarkan di antara Oktober 2005 dan Jamuari 2016.

Bagaimanapun Vanguard hanya dijual di Jepun.

“Terdapat kemungkinan di mana, dalam situasi pelanggaran teruk dari depan, tali pinggang keledar yang dipasang boleh terkena sebahagian rangka besi kerusi dan terputus,” menurut syarikat itu dalam e-mel.

Toyota RAV4 keluaran 2014 yang dikatakan mempunyai masalah tali pinggang keledar.
Toyota RAV4 keluaran 2014 yang dikatakan mempunyai masalah tali pinggang keledar.

“Jika ini berlaku, tali pinggang keledar itu mungkin tidak dengan sempurna menahan penggunanya, yang boleh meningkatkan risiko kecederaan,” tambahnya.

Seorang jurucakap syarikat berkata Toyota telah menerima dua laporan di mana satu kemalangan berlaku dan tali pinggang keledar di belakang telah terhiris, termasuk satu kemalangan maut di Kanada dan satu kecederaan kepada pemandu Amerika Syarikat.

Namun dia menambah ia masih belum jelas sama ada kecacatan itu menjadi punca.

Pemanggilan balik itu termasuk 1.3 juta kereta di Amerika Utara, 625,000 kereta di Eropah, 434,000 kereta di China, 177,000 di Jepun dan 307,000 di rantau lain.

Pihak Toyota berkata ia akan menambah penutup resin kepada rangka-rangka besi kusyen kerusi untuk mengelakkan tali pinggang terputus ketika kemalangan.