Toyota perkenal kereta memandu sendiri

Toyota perkenal kereta memandu sendiri

TOKYO, 7 Okt (AFP) – Toyota melancarkan sebuah kereta yang boleh memandu sendiri di sepanjang lebuh raya, pengeluaran terbaru oleh pengeluar utama kenderaan automatik dunia Selasa lalu.

Pengubahsuaian kereta Lexus GS menggunakan sensor canggih untuk mengemudinya di jalan raya termasuklah sensor di lorong-lorong dan ketika memintas kenderaan lainnya semasa di jalan raya.

Syarikat itu berharap untuk membuat kereta lain dengan ciri-ciri yang serupa dalam tempoh lima tahun, sebelum Tokyo menjadi tuan rumah Sukan Olimpik yang akan datang.

“Kami berhasrat untuk beroperasi pada 2020, tahun di mana Tokyo menyambut Sukan Olimpik,” kata ketua pegawai teknologi keselamatan Toyota, Yoshida Moritaka kepada wartawan semasa pelancaran kereta itu.

Toyoto sering kali merupakan pengeluar terakhir penciptaan kereta automatik berbanding syarikat-syarikat lain.

Paparan skrin menunjukkan Toyota dipandu secara automatik dengan pengubahsuaian Lexus GS semasa demo di lebuh raya kota metropolitan Tokyo. - AFP
Paparan skrin menunjukkan Toyota dipandu secara automatik dengan pengubahsuaian Lexus GS semasa demo di lebuh raya kota metropolitan Tokyo. – AFP