Toyota perkenal Prius Prime

Toyota perkenal Prius Prime

TOKYO, 15 Jun (AP) – Seorang jurutera terkenal di Toyota berkata pengeluar kereta Jepun merancang mencatat prestasi yang positif sama seperti pesaingnya dalam model hibrid dengan pengenalan Prius Prime barunya.

Toyota Motor Corp memimpin industri dalam hibrid, yang beralih di antara enjin gas dan motor elektrik.

Ia telah menjual sembilan juta kenderaan hibrid di seluruh dunia sejak Prius pertamanya dijual pada 1997 tetapi hanya 75,000 hibrid, yang dicaj daripada palam rumah biasa dan beralih beroperasi sebagai hibrid hanya apabila bateri mereka kehabisan.

Hibrid Toyota pertama dilancarkan pada 2012, selepas penyewaan terhad dari tahun 2009. Ia akan mulai menjual hibrid bergelar Prius Prime di AS dan Prius PHV di Jepun pada akhir tahun ini.

Syarikat itu menjanjikan perbatuan luar biasa bersamaan dengan 120 batu setiap gelen, dikira termasuk betapa jauh kenderaan berjalan sebagai kereta elektrik, tanpa menggunakan minyak.

Ketua Engineer Toyota Corp Motor, Kouji Toyoshima bergambar bersama Prius PHV di pameran Smart Komuniti Jepun di Tokyo semalam. Jurutera bahagian di Toyota berkata pembuat Jepun merancang untuk mencatat prestasi yang positif sama seperti pesaing-pesaingnya dalam model hibrid dengan pengenalan Prius Prime barunya. - AP
Ketua Engineer Toyota Corp Motor, Kouji Toyoshima bergambar bersama Prius PHV di pameran Smart Komuniti Jepun di Tokyo semalam. Jurutera bahagian di Toyota berkata pembuat Jepun merancang untuk mencatat prestasi yang positif sama seperti pesaing-pesaingnya dalam model hibrid dengan pengenalan Prius Prime barunya. – AP

“Kami hanya mengkajinya secara menyeluruh,” beritahu Ketua Jurutera Kouji Toyoshima kepada The Associated Press, apabila ditanya sama ada Toyota telah ketinggalan di belakang hybrid. “Namun apa yang telah kami hasilkan adalah pada peringkat teratas di antara hibrid.”

Prius Prime kelihatan sama dengan Prius biasa. Toyota berhasrat menghasil satu model yang boleh dijualnya pada jumlah yang tinggi, dengan gaya mesra dan harga mampu, disebabkan ia akan mempunyai kesan paling besar dalam mengurangkan penggunaan minyak fosil, kata Toyoshima. Beliau berkata kos bateri merupakan halangan utama untuk mengurangkan harga.

Toyota masih belum mengumumkan harga untuk Prius Prime.