Toyota, Suzuki bergabung

Toyota, Suzuki bergabung

TOKYO, 12 Okt – Toyota, pengeluar kereta terkenal dunia, dan Suzuki, pesaing Jepun yang mengkhusus dalam kenderaan kecil, sedang bergabung dalam satu perkongsian.

Kedua-dua pihak mengumumkan satu kenyataan bersama hari ini bahawa mereka akan mengkaji bidang yang boleh mereka bekerjasama dalam memajukan teknologi untuk alam sekitar, keselamatan dan rangkaian maklumat.

Mereka berkata bidang sedemikian mungkin memberi faedah daripada perkongsian sejak industri sedang berkembang pesat dalam bidang berkenaan. Toyota Motor Corp dan Suzuki Motor Corp berkata mereka akan terus bersaing dalam cara lain.

Mereka meluahkan harapan pengeluar kereta lain akan menyertai perkongsian untuk membantu mencapai satu standard industri dalam bidang tersebut.

Presiden Toyota Akio Toyoda berkata ketahanan bergantung pada kerjasama seumpama itu, dan adalah tidak mencukupi untuk sebuah syarikat melakukan penyelidikannya sendiri.

Akio Toyoda (kiri) berjabat tangan dengan Osamu Suzuki semasa sidang media di ibu pejabat Toyota di Tokyo. – AFP
Akio Toyoda (kiri) berjabat tangan dengan Osamu Suzuki semasa sidang media di ibu pejabat Toyota di Tokyo. – AFP

“Adalah amat penting sekarang untuk mempunyai rakan yang berkongsi matlamat dan semangat yang sama,” kata beliau. Suzuki mengkhusus dalam kereta kecil, yang menerima faedah daripada potongan cukai di Jepun dan terkenal kerana mempunyai perbatuan yang baik. Namun ia mengakui menghadapi masalah dengan ujian pengeluarannya di Jepun selepas Mitsubishi Motors Corp berkata ia telah menipu dalam ujian sedemikian.

Suzuki menafikan mencabul mana-mana peraturan, tetapi kerajaan Jepun mengarahkan semua pengeluar kereta supaya mengkaji semula ujian pengeluaran mereka selepas skandal Mitsubihi.

Suzuki tidak mempunyai kereta elektrik hibrid atau kenderaan sel bahan api dalam produk mereka.

Pengeluaran Suzuki Osamu Suzuki menekankan beliau berminat untuk menjalin perkongsian sedemikian dan telah membincangnya terlebih dahulu dengan bapa Toyoda, dan pengerusi Toyota, Shoichiro Toyoda.

“Toyota adalah pemimpin industri, dan syarikat yang paling dipercayai yang sentiasa aktif dalam menghasilkan pelbagai teknologi moden,” kata Suzuki.

Toyota memimpin dunia dalam menjual model hibrid gas-elektrik, diketuai oleh Prius, dan ia juga sedang mengusahakan kenderaan sel bahan api dan elektrik. Peraturan pengeluaran sedang diperketatkan di seluruh dunia, di tengah kebimbangan meningkat mengenai alam sekitar dan pemanasan global. – AP