Toyota tarik balik 142,592 kenderaan import

Toyota tarik balik 142,592 kenderaan import

BEIJING, 20 Sept – Toyota menarik balik 142,592 kenderaan yang diimport di seluruh tanah besar China disebabkan oleh beg udara yang rosak, kata pemantau kualiti negara itu hari ini.

Penarikkan balik itu dibuat kepada 26,468 Lexus IS dibuat antara 26 Januari 2006 dan 27 Disember 2011; 112,825 Lexus ES jenis sedan yang dihasilkan antara 12 Disember 2005 dan 28 Disember 2011; dan 3,299 Lexus GX460 SUV yang dikeluarkan antara 1 Disember 2010 dan 28 Disember 2011, menurut Pentadbiran Am bagi Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin.

Kerosakkan telah didapati apabila ejen penjanaan gas daripada kenderaan itu terjejas. – Xinhua

Toyota tarik balik 142,592 kenderaan import di seluruh tanah besar China disebabkan oleh beg udara yang rosak. – AFP
Toyota tarik balik 142,592 kenderaan import di seluruh tanah besar China disebabkan oleh beg udara yang rosak. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA