Toyota tarik balik 340,000 kereta Prius

Toyota tarik balik 340,000 kereta Prius

TOKYO, 12 Okt – Toyota Motor Corp. menarik balik 340,000 kereta hibrid gas-elektrik, Prius di seluruh dunia hari ini, 212,000 daripadanya di Jepun dan 94,000 di Amerika Utara, atas sebab kerosakan dalam sistem brek kecemasan (parking brake).

Toyota mengakui telah menerima laporan kemalangan, kecederaan dan kematian. Pembuat kereta Jepun itu enggan untuk memberi butiran, mengatakan ia masih lagi melihat pada laporan berkenaan. Toyota mengatakan kabel brek boleh terlepas tanpa dijangkakan, mengakibatkan brek untuk berhenti berfungsi dengan betul. Oleh itu jika mana-mana kereta dalam mana-mana gear selain daripada brek kecemasan, ia boleh menyebabkannya bergerak, dan kemungkinan berdepan kemalangan.

Toyota berkata 17,000 kereta Prius telah ditarik balik di Eropah, dan selebihnya di Australia dan rantau lain. Model-model yang bermasalah itu telah dikeluarkan dari Ogos 2015 hingga Oktober 2016. – AP

ARTIKEL YANG SAMA