Toyota: Teknologi baru bermaksud jangka hayat bateri lebih lama

Toyota: Teknologi baru bermaksud jangka hayat bateri lebih lama

TOKYO, 24 Nov – Toyota Motor Corp telah mengemukakan cara baru untuk memerhati pergerakan zarah halus dalam bateri yang digunakan dalam kenderaan elektrik – satu perkembangan yang dikatakannya akan membantu merangsang jarak perjalanan mereka sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus.

Jurutera Toyota, Hisao Yamashige menjelaskan kepada wartawan hari ini di pejabat pengeluar kereta Jepun di Tokyo kaedah rumit untuk menjejaki litium ion, yang merupakan zarah kecil dalam bateri litium-ion, juga digunakan dalam komputer riba dan telefon pintar.

Penambahan jarak perjalanan adalah halangan terbesar untuk kenderaan elektrik, terutamanya disebabkan stesen tenaga tidak banyak seperti stesen minyak.

Toyota adalah lebih positif mengenai kenderaan sel-bahan api, yang mahal tetapi boleh memberikan jarak perjalanan yang sama dengan enjin gas. Yamashige berkata tidak adanya perubahan dalam dasar syarikat pada keseluruhannya.

Toyota, yang menghasilkan hibrid Prius, tidak mempunyai kenderaan elektrik yang tulen dalam tawaran produknya sejak pengeluaran kereta elektrik iQ dan model awal lain dihentikan selepas menjual dalam jumlah yang kecil.

Namun kesemua pengeluar kereta dunia sedang mengusahakan kenderaan elektrik. Pesaing Jepun Nissan Motor Co. memimpin dengan Leaf, yang mempunyai jarak kira-kira 100 batu pada satu cas. Gabungan Nissan-Renault menyumbang kepada kira-kira separuh daripada EVs yang dijual di dunia.

Teknologi baru Toyota akan membenarkan syarikat menguji pelbagai bahan dan struktur bateri, dan kenderaan elektrik baru sedang dirancang untuk pasaran komersial dalam tempoh ‘beberapa tahun akan datang’, kata Yoshinori Suga, pengurus jabatan.

Ujian sedang dijalankan dengan kerjasama bersama pertubuhan penyelidikan Jepun Riken, menggunakan kemudahan sinar-X yang amat kuat. Toyota akan membentangkan kaedah pengawasannya pada simposium bateri di Jepun pada akhir bulan ini, mengongsinya bersama pengeluar kereta lain, walaupun bukan hasil dapatannya. – AP

ARTIKEL YANG SAMA