Toyota untung 19 peratus

Toyota untung 19 peratus

TOKYO, 8 Mei (AFP) – Toyota berkata hari ini keuntungan tahunannya meningkat 19 peratus kepada $18.1 bilion tatkala pengeluar kereta terbesar dunia itu mengambil kesempatan ke atas mata wang yen lemah dan permintaan kukuh di Amerika Utara, meskipun diketepikan oleh beberapa siri penarikan balik.

Pengeluar Corolla dan hibrid Prius mengatasi ramalan awalnya dengan keuntungan bersih sebanyak 2.17 trilion yen pada tahun fiskal hingga Mac, melepasi pendapatan 1.82 trilion yen setahun lalu. Pendapatan meningkat enam peratus kepada 27.23 trilion yen, sementara syarikat Jepun meramalkan ia akan mencatat keuntungan bersih yang lebih besar sebanyak 2.25 trilion yen dalam tahun perniagaan sekarang.

Keuntungan operasi Toyota meningkat 20 peratus – sebahagiannya disebabkan pemotongan kos dan kemerosotan mendadak dalam yen, yang menambah nilai keuntungan kiriman pengeksport – walaupun ketika jualan kenderaan berkurangan kepada 8.97 juta unit.

Presiden Akio Toyoda menyumbang pertambahan dalam pendapatan operasi kepada ‘kadar tukaran asing yang memberangsangkan dan usaha pengurangan kos yang menghapus kira faktor negatif seperti kemerosotan jualan kenderaan dan pertambahan perbelanjaan, termasuk pelaburan untuk mempertingkat daya saing masa depan.’

Seorang pekerja Toyota memeriksa kenderaan di bilik pameran syarikat itu di Tokyo. – AFP
Seorang pekerja Toyota memeriksa kenderaan di bilik pameran syarikat itu di Tokyo. – AFP

Jualan ke Amerika Utara dan Eropah meningkat, sementara mereka merosot di Asia dan Jepun selepas kerajaan pada tahun lalu menambah cukai jualan negara untuk kali pertama dalam 17 tahun, satu tindakan yang menjejaskan perbelanjaan pengguna.

Toyota telah menumpu lebih perhatian untuk mengurangkan pemerolehan produktiviti dan lebih menggunakan kilang yang ada, ia menangguhkan pembinaan kilang baru selama beberapa tahun. Pengeluar kereta Jepun itu mulai mengendalikan sebuah kilang di Thailand baru pada 2013, tetapi sejak itu ia telah menghentikan pelaburan tatkala pasaran kereta global bergelut dengan bekalan berlebihan dan permintaan lemah.

Pada bulan lalu, syarikat itu mengumumkan ia akan mengakhiri pembekuan pembinaan ketika ia melancarkan pelan pembinaan sebuah kilang bernilai $1.0 bilion di industri tenaga Mexico dan sebuah lagi kilang pemasangan di China.